Purple Design Pointer

Friday, 1 January 2016

Two Thousand Sixteen


Dear self, you’ve been through many things this year. Happiness, sadness, craziness, etc. All those things will be kept as your memories of 2015.


Tak terkira banyaknya senyuman yang diukir di saat mengecapi kebahagiaan, juga tak terbilang titisan air mata yang membasahi pipi di kala mengharungi pelbagai kesusahan.


Congratulations for successfully weathered it all and never desperate to bounce though often falling.


Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana memberi peluang untuk diri ini merasai setiap keindahan di muka bumi milikNya ini. Semoga diri ini akan terus bersyukur dengan setiap kurniaanNya dan tidak mensia-siakan setiap saat yang berlalu.


Ucapan terima kasih juga dihadiahkan kepada setiap insan yang hadir atau yang pernah hadir di sisi diri ini dan menjadikan setiap detik yang berlalu itu adalah yang terindah.


Again, thanks to all the amazing people who have made 2015 beautiful to me, I pray that you all will be blessed with an awesome year ahead.


Happy New Year!!


2016.

=)

Wednesday, 16 December 2015

Epilog

Kerana aku tak punya pilihan setahun yang lepas. Aku teruskan.


“Kalau aku putus asa sekarang hanya kerana ingin ikutkan hati, aku akan kehilangan peluang ni. Aku cuma perlukan sedikit kesabaran untuk melepasi tahap yang sedikit sukar ni.”


Aku akui bukan senang untuk aku berada jauh dari keluarga, lalui kehidupan sendiri. Urus semuanya sendiri. Pertama kali setelah 18 tahun umur ini.


Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan untuk aku. Dihadiahkan kepada aku rakan-rakan yang baik, roommates yang caring dan guru-guru yang sangat memahami. Segala urusan yang dahulunya aku fikirkan terlalu rumit untuk aku lakukan sendiri, satu-satu aku berjaya lakukan.


Alor Setar,Kedah - Banting,Selangor.


Aku masih ingat macam mana pertama kali aku cuba balik rumah sendiri dan seorang diri. Orang lain kebanyakan menganggap aku ni berani. Haha.


Tak.


Memang aku kelihatan berani kerana berjaya melakukannya sendiri tanpa sebarang masalah. Tapi hakikatnya, dalam hati aku, macam mana takutnya aku, HANYA aku dan Dia sahaja yang tahu. Tanpa pertolongan dari-Nya tak mungkin aku dapat lakukan.


Dan akhirnya aku di sini. Berjaya harungi sendiri setiap pahit dan manis.


Kita percaya setiap yang bermula itu pasti ada akhirnya. Inilah akhirnya.


Seperti permulaan yang tak selalunya indah, begitu juga pengakhiran. Tak semua pengakhiran itu indah, tapi setiap orang menginginkan keindahan di akhir cerita. Kalau ini adalah sebuah cerita, mungkin pengakhirannya yang indah-indah sahaja.


Tapi, kita ada pendengar setia. Mengadu lah, meminta lah pada Dia. Jika diizinkan, insya Allah yang indah itu milik kita.






--EPILOG--   =)