Kerana aku tak punya pilihan setahun yang lepas. Aku teruskan.
“Kalau aku putus asa sekarang hanya kerana ingin ikutkan hati, aku akan
kehilangan peluang ni. Aku cuma perlukan sedikit kesabaran untuk melepasi tahap
yang sedikit sukar ni.”
Aku akui bukan senang untuk aku berada jauh dari keluarga, lalui kehidupan
sendiri. Urus semuanya sendiri. Pertama kali setelah 18 tahun umur ini.
Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan untuk aku. Dihadiahkan kepada
aku rakan-rakan yang baik, roommates yang caring dan guru-guru yang sangat
memahami. Segala urusan yang dahulunya aku fikirkan terlalu rumit untuk aku
lakukan sendiri, satu-satu aku berjaya lakukan.
Alor Setar,Kedah - Banting,Selangor.
Aku masih ingat macam mana pertama kali aku cuba balik rumah sendiri dan
seorang diri. Orang lain kebanyakan menganggap aku ni berani. Haha.
Tak.
Memang aku kelihatan berani kerana berjaya melakukannya sendiri tanpa
sebarang masalah. Tapi hakikatnya, dalam hati aku, macam mana takutnya aku,
HANYA aku dan Dia sahaja yang tahu. Tanpa pertolongan dari-Nya tak mungkin aku
dapat lakukan.
Dan akhirnya aku di sini. Berjaya harungi sendiri setiap pahit dan manis.
Kita percaya setiap yang bermula itu pasti ada akhirnya. Inilah akhirnya.
Seperti permulaan yang tak selalunya indah, begitu juga pengakhiran. Tak semua
pengakhiran itu indah, tapi setiap orang menginginkan keindahan di akhir
cerita. Kalau ini adalah sebuah cerita, mungkin pengakhirannya yang indah-indah
sahaja.
Tapi, kita ada pendengar setia. Mengadu lah, meminta lah pada Dia. Jika diizinkan,
insya Allah yang indah itu milik kita.
--EPILOG-- =)


No comments:
Post a Comment