Setiap pengakhiran pasti ada permulaannya. Dan permulaan tu tak semestinya
yang terindah, ada permulaan yang sangat perit, pahit, kelat yang kadang-kadang
bila ingat balik boleh buat kita rasa perkara tu lah yang paling mengerikan.
6 tahun yang lalu.
“Tak boleh! Aku tak boleh buat. Tak nak.”
Seribu alasan dicari untuk lepaskan diri dari perkara yang aku tak suka,
tak boleh buat. Tanpa rasa nak cuba dan usaha untuk bertahan.
Dan akhirnya aku berjaya mendapatkan apa yang aku nak. Balik pada keadaan
asal yang aku inginkan.
Kerana pada masa tu aku masih ada pilihan. Jadi aku boleh memilih untuk
mengikut kehendak hati.
Setahun yang lepas.
“Aku tak boleh, terlalu berat untuk aku. Aku tak mampu...”
Tapi aku tak punya pilihan lain selain meneruskan apa yang dah bermula.
--PROLOG-- =)
--PROLOG-- =)


No comments:
Post a Comment