Purple Design Pointer

Sunday, 27 September 2015

"Air yang Dicincang Takkan Putus" . .



“Air yang dicincang tak akan putus” . .


Maksud nya saya rasa tak perlu dijelaskan lagi. Tapi jika masih ada yang tak tahu maksud peribahasa tu saya kira mungkin dia anak tunggal..hehe..


Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Dan Alhamdulillah tahun ni dapat beraya lagi bersama keluarga kecil saya di Alor Setar, Kedah. . Tahun ni Raya Haji boleh cuti lama sikit, tak macam tahun lepas matrik cuti 2 hari ja. . Hurmm..


Tapi malam ni dah kena balik UKM. Walaupun balik cuti dah nak dekat 5 hari since selasa malam haritu, still tak puas lagi “bermanja” dengan family. Lepas ni mesti rindu nak bergaduh dengan adik-adik lagi (T_T)


Haa.. Dah takde idea laa nak tulis apa.


Untuk korang yang rasa menyampah kalau ada adik-beradik yang annoying, nakal, pastu perangai macam layak bagi ‘cop-5-jari’ ja kat muka dia. Haha. .  Bersabar lah. . . Masa muda remaja ni ja kita nak gaduh-gaduh, nak membodohkan sesama sendiri. Haha. . Lepas ni bila semua dah besar, dah ada kehidupan masing-masing dah tak merasa dah semua tu. Hargai lah saat-saat manis bersama keluarga masing-masing ok? =)


Saya sudahi post ni dengan satu quote ihsan En. Google :

“I may fight with my siblings, But once you lay a finger on them. You will be facing ME ! ”

O B S E S . . .

Obses ??
Hmmm. . .Apa yang saya faham tentang obses ni ialah minat yang agak keterlaluan terhadap sesuatu benda, perkara ataupun seseorang sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi perkara itu. . . Dan obses ni memang tak mendatangkan kebaikan langsung pada kita. . Berdasarkan pengalaman sepanjang masa remaja saya ni, banyak perkara yang terjadi disekeliling yang boleh dijadikan contoh orang yang obses terhadap sesuatu. . Tapi untuk mengelakkan post ni jadi karangan 360 patah perkataan, saya bagi satu contoh je lah.Hehe. Contoh yang paling common sekali obses dengan artis lah. . Tak kira lah artis tu dari dalam negara ataupun  artis international. Obses ni for sure lah akan mendatangkan kesan buruk kepada orang yang obses tu dan kadang–kadang orang sekeliling pun terkena tempiasnya sekali. .


Okey cuba korang bayangkan sebab terlalu minat dengan artis A tu si B ni sanggup beli apa saja barang yang berkaitan dengan artis tu, sanggup menghabiskan ringgit $$$$ semata- mata nak join “meet n greet” artis tu, (cuba bayangkan duit yang ada tu kita beli makanan..kenyang jugak perut daripada beli benda-benda yang tak berfaedah and tak berguna langsung dalam kehidupan seharian) dan ada yang menangis-nangis sebab tak dapat beli tiket konsert, (haha..yang ini macam lawak tapi memang betul-betul jadi tau..contonya kp**ers. . ) tak dapat jumpa artis kesayangan. . Itu belum lagi yang letak gambar artis-artis pujaan di profile laman-laman sosial diorang. Dan yang paling tak boleh diterima dek akal, ada yang update status cakap artis ni dia punya boyfriend lah, dia punya hubby lah and so on. . (apa lah reaksi artis-artis tu kalau diorang tengok status-status peminat fanatik diorang tu. Hurmm..)


Contoh berkaitan artislah yang boleh saya bagi untuk tajuk obses ni sebab perkara ni yang paling dekat dengan kita. .



Konklusinya, hiburan bukannya tak boleh cuma ada batas dan limitasinya. Jadi tak perlulah kita terlalu obses dengan mereka sehingga merugikan dan memalukan diri sendiri.