Purple Design Pointer

Sunday, 27 September 2015

O B S E S . . .

Obses ??
Hmmm. . .Apa yang saya faham tentang obses ni ialah minat yang agak keterlaluan terhadap sesuatu benda, perkara ataupun seseorang sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi perkara itu. . . Dan obses ni memang tak mendatangkan kebaikan langsung pada kita. . Berdasarkan pengalaman sepanjang masa remaja saya ni, banyak perkara yang terjadi disekeliling yang boleh dijadikan contoh orang yang obses terhadap sesuatu. . Tapi untuk mengelakkan post ni jadi karangan 360 patah perkataan, saya bagi satu contoh je lah.Hehe. Contoh yang paling common sekali obses dengan artis lah. . Tak kira lah artis tu dari dalam negara ataupun  artis international. Obses ni for sure lah akan mendatangkan kesan buruk kepada orang yang obses tu dan kadang–kadang orang sekeliling pun terkena tempiasnya sekali. .


Okey cuba korang bayangkan sebab terlalu minat dengan artis A tu si B ni sanggup beli apa saja barang yang berkaitan dengan artis tu, sanggup menghabiskan ringgit $$$$ semata- mata nak join “meet n greet” artis tu, (cuba bayangkan duit yang ada tu kita beli makanan..kenyang jugak perut daripada beli benda-benda yang tak berfaedah and tak berguna langsung dalam kehidupan seharian) dan ada yang menangis-nangis sebab tak dapat beli tiket konsert, (haha..yang ini macam lawak tapi memang betul-betul jadi tau..contonya kp**ers. . ) tak dapat jumpa artis kesayangan. . Itu belum lagi yang letak gambar artis-artis pujaan di profile laman-laman sosial diorang. Dan yang paling tak boleh diterima dek akal, ada yang update status cakap artis ni dia punya boyfriend lah, dia punya hubby lah and so on. . (apa lah reaksi artis-artis tu kalau diorang tengok status-status peminat fanatik diorang tu. Hurmm..)


Contoh berkaitan artislah yang boleh saya bagi untuk tajuk obses ni sebab perkara ni yang paling dekat dengan kita. .



Konklusinya, hiburan bukannya tak boleh cuma ada batas dan limitasinya. Jadi tak perlulah kita terlalu obses dengan mereka sehingga merugikan dan memalukan diri sendiri. 

No comments:

Post a Comment