Untuk Dia yang satu, yang menghidupkan dan mematikan, kesyukuran
dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya diri ini berpeluang untuk bernafas
dan merasai setiap keindahan di bumi milik-Nya ini.
Untuk dia yang selalu ada di sisi di saat diri ini memerlukan, ribuan
terima kasih diucapkan.
Untuk dia yang setia mendengar setiap patah perkataan dari diri ini, harap
masih sanggup untuk terus mendengar. (Haha)
Untuk dia yang selalu muncul ketika diri ini memerlukan pertolongan, hanya Dia
yang mampu membalas setiap kebaikan yang diberikan.
Untuk dia yang mungkin membenci diri ini, errr.. terima kasih jugak la kot.
Tanpa ‘dia’ yang ini mungkin diri ini akan terus berasa dunia ini indah tanpa
kebencian.
=)

No comments:
Post a Comment