Purple Design Pointer

Sunday, 4 October 2015

Rindu . . .



Rindunya masa kecik-kecik dulu. Tak payah susah-susah fikir pasal kerja sekolah yang banyak, pasal gaduh dengan kawan, pasal tak cukup duit belanja dan lain-lain. Yang tau nak main, berseronok, makan, tido. .



Rindu jugak masa dah sekolah. Zaman sekolah lah banyak mengajar kita tentang dunia luar, masa sekolah lah kita akan kenal orang luar selain keluarga kita, dan tak terkecuali juga masa sekolah lah mula nak bercouple-couple semua. Sekolah juga banyak mengajar kita erti persahabatan. Dari situ kita kenal kawan-kawan kita yang mungkin sekarang dah jadi kawan baik kita.  




Rindu masa di matrikulasi. Walaupun setahun ja masa yang diberikan untuk bersama kawan-kawan baru dekat sana, tapi banyak kenangan dan pengalaman yang indah sepanjang bersama mereka. Perkenalan yang pada awalnya biasa-biasa sahaja, masing-masing buat kerja sendiri, pergi kelas sorang-sorang. Tapi bila dah start rapat, kalau boleh jalan nak pergi kelas ke, pergi mana-mana pun nak sekali satu kelas.




Masa akan terus berjalan meninggalkan kita dan kenangan-kenangan manis dan pahit masa lalu. Tak mungkin kita dapat kembali dan lalui masa-masa itu lagi, jadi hargailah masa sekarang dan kumpul lah seberapa banyak kenangan untuk dijadikan pengubat rindu di masa hadapan. =)



Mentor . . .


Secara umumnya mentor maksudnya orang yang membimbing, membantu serta menolong orang lain dalam bidang atau perkara tertentu. Selalunya mentor terdiri daripada orang yang berpengalaman dan berpengetahuan sebab mereka akan membantu orang lain.


Konsep mentor-mentee banyak digunakan dalam kehidupan hari ini seperti di sekolah dan juga di tempat kerja.  Contohnya kalau di sekolah ada guru yang menjadi mentor bagi sekumpulan pelajar untuk memantau prestasi mereka dalam pelajaran. Kalau di tempat kerja pula contohnya di sesebuah perniagaan ada pengurus-pengurus atasan yang dilantik untuk menjadi mentor kepada pekerja-pekerja bawahan atau pekerja yang baru memulakan pekerjaan supaya dapat membantu mereka dalam bidang tersebut.



Saya juga pernah menjadi mentor semasa di matrikulasi tahun lepas. Program ini sangat membantu bukan sahaja kepada mentee tetapi saya sendiri juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam subjek yang diajar kepada mereka. =)