Rindunya masa kecik-kecik dulu. Tak payah susah-susah fikir pasal kerja
sekolah yang banyak, pasal gaduh dengan kawan, pasal tak cukup duit belanja dan
lain-lain. Yang tau nak main, berseronok, makan, tido. .
Rindu jugak masa dah sekolah. Zaman sekolah lah banyak mengajar kita tentang
dunia luar, masa sekolah lah kita akan kenal orang luar selain keluarga kita, dan tak terkecuali juga masa sekolah lah mula nak bercouple-couple semua. Sekolah
juga banyak mengajar kita erti persahabatan. Dari situ kita kenal kawan-kawan
kita yang mungkin sekarang dah jadi kawan baik kita.
Rindu masa di matrikulasi. Walaupun setahun ja masa yang diberikan untuk
bersama kawan-kawan baru dekat sana, tapi banyak kenangan dan pengalaman yang
indah sepanjang bersama mereka. Perkenalan yang pada awalnya biasa-biasa sahaja, masing-masing
buat kerja sendiri, pergi kelas sorang-sorang. Tapi bila dah start rapat, kalau
boleh jalan nak pergi kelas ke, pergi mana-mana pun nak sekali satu kelas.
Masa akan terus berjalan meninggalkan kita dan kenangan-kenangan manis dan
pahit masa lalu. Tak mungkin kita dapat kembali dan lalui masa-masa itu lagi,
jadi hargailah masa sekarang dan kumpul lah seberapa banyak kenangan untuk
dijadikan pengubat rindu di masa hadapan. =)





No comments:
Post a Comment