10.10.15 – Hari Sukan
Negara. . .
Tak ada lah tak minat sampai anti-sukan. Haha. .
Saya cuma tak minat kalau diminta jadi peserta untuk mana-mana
pertandingan yang melibatkan sukan. Confidence level kalau boleh ukur masa tu
memang di tahap yang paling rendah lah kalau ada yang suruh masuk pertandingan.
Kalau zaman sekolah dulu pun memang tak kan datang punya lah hari pemilihan
untuk wakil rumah sukan dalam acara-acara balapan dan padang nih. Saya lah
orang pertama yang akan volunteer untuk masuk kawad rumah sukan atau unit
beruniform bila cikgu-cikgu nak cari wakil untuk terlibat dalam Hari Sukan sekolah
sebab nak elak daripada kena masuk acara lain. Haha. .
Tapi . . Masa interhouse untuk kolej (KAB) haritu for the first time in
forever ~~ haha. Saya kena jadi wakil rumah sukan untuk futsal. . *ulang
suara* FUTSAL ! sebab tak cukup orang. Mana pernah main futsal pun selama
ni, kalau setakat nak sepak-sepak je bola tu boleh la. Ni nak lawan dengan
orang-orang lain yang dah ada pengalaman semua. Memang rasa nak balik je
time tu. (T_T)
Dipendekkan cerita (lepas tolak cerita pasal macam mana excited kami semua
sepak bola tu pastu perempuan pulak kan, bayangkan la macam mana riuhnya court
futsal tu. Lelaki main futsal sunyi sepi je. Tau-tau dah gol. haha), rumah biru
dapat tempat ke-4 je untuk futsal. Jadi, untuk saya yang pertama kali try untuk
mewakilkan diri untuk bersukan ni agak ok laa. Haha.
Sekian sahaja cerita saya untuk tema 10.10 minggu ni. =)

No comments:
Post a Comment