“Lucky i’m in love with my best friends. Lucky to have
been where i have been. Lucky to be coming home again . .” – Lucky
Hmm. Part coming home tu lambat lagi. T_T
Rindunya diorang. Rindunya zaman sekolah. T_T
Ramai yang cakap bila masuk universiti ni lagi best. Bebas.
Tak payah pakai uniform pergi kelas. Kelas start tengah hari. Boleh susun jadual
sendiri.
Tapi. .
Macam ada something yang hilang laa.
Mungkin tak de kawan macam masa sekolah dulu kot. Yang always
ada je mana-mana kita pergi. Yang dengar je apa yang kita nak bebel.
Ya Allah rindunya. Dulu masa sekolah tak sabar-sabar nak
habis sekolah. Konon nak kerja lah, sambung belajar lah.
In the end, rindu pulak nak kembali ke sekolah.
By the way, They are my best friends. Yang setia mendengar
bebelan saya masa sekolah sampai lah sekarang.
Kitorang pernah bergaduh, pernah merajuk antara satu sama
lain. Haha bila ingat balik, sebenarnya benda-benda tu lah yang buat kitorang rapat
and jadi kawan baik.
Walaupun masa form 4 sorang pindah sekolah, tapi still
tak lost contact sampai lah sekarang, even masing-masing belajar lain-lain tempat.
Tak sabar nak balik. =)










