Purple Design Pointer

Wednesday, 16 December 2015

Epilog

Kerana aku tak punya pilihan setahun yang lepas. Aku teruskan.


“Kalau aku putus asa sekarang hanya kerana ingin ikutkan hati, aku akan kehilangan peluang ni. Aku cuma perlukan sedikit kesabaran untuk melepasi tahap yang sedikit sukar ni.”


Aku akui bukan senang untuk aku berada jauh dari keluarga, lalui kehidupan sendiri. Urus semuanya sendiri. Pertama kali setelah 18 tahun umur ini.


Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan untuk aku. Dihadiahkan kepada aku rakan-rakan yang baik, roommates yang caring dan guru-guru yang sangat memahami. Segala urusan yang dahulunya aku fikirkan terlalu rumit untuk aku lakukan sendiri, satu-satu aku berjaya lakukan.


Alor Setar,Kedah - Banting,Selangor.


Aku masih ingat macam mana pertama kali aku cuba balik rumah sendiri dan seorang diri. Orang lain kebanyakan menganggap aku ni berani. Haha.


Tak.


Memang aku kelihatan berani kerana berjaya melakukannya sendiri tanpa sebarang masalah. Tapi hakikatnya, dalam hati aku, macam mana takutnya aku, HANYA aku dan Dia sahaja yang tahu. Tanpa pertolongan dari-Nya tak mungkin aku dapat lakukan.


Dan akhirnya aku di sini. Berjaya harungi sendiri setiap pahit dan manis.


Kita percaya setiap yang bermula itu pasti ada akhirnya. Inilah akhirnya.


Seperti permulaan yang tak selalunya indah, begitu juga pengakhiran. Tak semua pengakhiran itu indah, tapi setiap orang menginginkan keindahan di akhir cerita. Kalau ini adalah sebuah cerita, mungkin pengakhirannya yang indah-indah sahaja.


Tapi, kita ada pendengar setia. Mengadu lah, meminta lah pada Dia. Jika diizinkan, insya Allah yang indah itu milik kita.






--EPILOG--   =)

Prolog



Setiap pengakhiran pasti ada permulaannya. Dan permulaan tu tak semestinya yang terindah, ada permulaan yang sangat perit, pahit, kelat yang kadang-kadang bila ingat balik boleh buat kita rasa perkara tu lah yang paling mengerikan.


6 tahun yang lalu.


“Tak boleh! Aku tak boleh buat. Tak nak.”


Seribu alasan dicari untuk lepaskan diri dari perkara yang aku tak suka, tak boleh buat. Tanpa rasa nak cuba dan usaha untuk bertahan.


Dan akhirnya aku berjaya mendapatkan apa yang aku nak. Balik pada keadaan asal yang aku inginkan.


Kerana pada masa tu aku masih ada pilihan. Jadi aku boleh memilih untuk mengikut kehendak hati.


Setahun yang lepas.


“Aku tak boleh, terlalu berat untuk aku. Aku tak mampu...”


Tapi aku tak punya pilihan lain selain meneruskan apa yang dah bermula. 

--PROLOG--   =)