Purple Design Pointer

Wednesday, 16 December 2015

Epilog

Kerana aku tak punya pilihan setahun yang lepas. Aku teruskan.


“Kalau aku putus asa sekarang hanya kerana ingin ikutkan hati, aku akan kehilangan peluang ni. Aku cuma perlukan sedikit kesabaran untuk melepasi tahap yang sedikit sukar ni.”


Aku akui bukan senang untuk aku berada jauh dari keluarga, lalui kehidupan sendiri. Urus semuanya sendiri. Pertama kali setelah 18 tahun umur ini.


Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan untuk aku. Dihadiahkan kepada aku rakan-rakan yang baik, roommates yang caring dan guru-guru yang sangat memahami. Segala urusan yang dahulunya aku fikirkan terlalu rumit untuk aku lakukan sendiri, satu-satu aku berjaya lakukan.


Alor Setar,Kedah - Banting,Selangor.


Aku masih ingat macam mana pertama kali aku cuba balik rumah sendiri dan seorang diri. Orang lain kebanyakan menganggap aku ni berani. Haha.


Tak.


Memang aku kelihatan berani kerana berjaya melakukannya sendiri tanpa sebarang masalah. Tapi hakikatnya, dalam hati aku, macam mana takutnya aku, HANYA aku dan Dia sahaja yang tahu. Tanpa pertolongan dari-Nya tak mungkin aku dapat lakukan.


Dan akhirnya aku di sini. Berjaya harungi sendiri setiap pahit dan manis.


Kita percaya setiap yang bermula itu pasti ada akhirnya. Inilah akhirnya.


Seperti permulaan yang tak selalunya indah, begitu juga pengakhiran. Tak semua pengakhiran itu indah, tapi setiap orang menginginkan keindahan di akhir cerita. Kalau ini adalah sebuah cerita, mungkin pengakhirannya yang indah-indah sahaja.


Tapi, kita ada pendengar setia. Mengadu lah, meminta lah pada Dia. Jika diizinkan, insya Allah yang indah itu milik kita.






--EPILOG--   =)

Prolog



Setiap pengakhiran pasti ada permulaannya. Dan permulaan tu tak semestinya yang terindah, ada permulaan yang sangat perit, pahit, kelat yang kadang-kadang bila ingat balik boleh buat kita rasa perkara tu lah yang paling mengerikan.


6 tahun yang lalu.


“Tak boleh! Aku tak boleh buat. Tak nak.”


Seribu alasan dicari untuk lepaskan diri dari perkara yang aku tak suka, tak boleh buat. Tanpa rasa nak cuba dan usaha untuk bertahan.


Dan akhirnya aku berjaya mendapatkan apa yang aku nak. Balik pada keadaan asal yang aku inginkan.


Kerana pada masa tu aku masih ada pilihan. Jadi aku boleh memilih untuk mengikut kehendak hati.


Setahun yang lepas.


“Aku tak boleh, terlalu berat untuk aku. Aku tak mampu...”


Tapi aku tak punya pilihan lain selain meneruskan apa yang dah bermula. 

--PROLOG--   =)

Tuesday, 15 December 2015

HORMAT



Banyak perkara yang terjadi sepanjang 2 minggu ni, diri sendiri yang alami dan jugak orang lain. Hidup sebagai pelajar ni banyak bersama kawan-kawan. Kalau hubungan sesama kawan tu tak baik, sedikit sebanyak akan menjejaskan kerja kita yang berstatus pelajar ni. Emosi pun terganggu.


Bagi aku, masing-masing dah besar, dah boleh fikir apa yang baik apa yang tak. Buang lah perangai kebudakan tu. Belajar terima pendapat orang lain, belajar HORMAT orang walaupun dia sama umur atau dia lebih muda dari kau.


Susah sangat ke? Kalau dalam situasi macam sekarang pun kau tak boleh nak handle, macam mana bila kau dah bekerja nanti? Takkan kau nak reject pendapat orang lain macam tu je sebab dia muda dari kau, tak banyak pengalaman macam kau, tak layak lah dia bagi pendapat?


Lagi satu perkara yang paling tak beradab n paling aku menyampah lah, kau mencelah macam tu je bila orang tengah bercakap. HORMAT lah sikit even dia tu cuma rakan sebaya kau. Kalau ye pun tak sabar nak cerita, tunggu la dulu sampai dia habis.


Note to myself: Kalau nak perubahan, kena bermula dengan diri sendiri dulu. Selagi boleh sabar, sabar lah. =)

Monday, 7 December 2015

N A ---> Nama Aku

Nama aku Nurulain Atiqah, sebab tu tema minggu ni akronim NA. Nurulain Atiqah maksudnya “Cahaya mata yang mulia”. Pernah dengar orang jatuh cinta dengan nama sendiri? Aku lah orang tu, nama tu menunjukkan betapa kasihnya ibu ayah pada kita. Nama yang diberi semuanya yang baik-baik supaya setiap kali nama kita disebut membawa maksud yang baik tentang diri kita. 


Dulu masa sekolah rendah bila nak tulis nama atas kertas soalan peperiksaan leceh sangat. Sebab panjang. “Nurulain Atiqah Binti Zain Azmi” bila masuk nama abah sekali lah panjangnya sampai tak boleh nak tulis sebaris. Tapi bila masuk sekolah menengah suka sangat dengan jawatan setiausaha. Suka tulis-tulis. Haha. Kadang-kadang nama kawan-kawan pun aku mintak nak tuliskan. Dari situ macam-macam jenis nama yang aku jumpa. Ada yang pendek, panjang, yang tak pernah dengar pun ada.


Nama tu kita akan bawa sampai lah akhir hayat kita. Jadi tak payah nak tukar-tukar or pendekkan jadi J ke L or apa-apa yang sewaktu dengannya lah. =)



p/s: to my besties, kalau hampa semua baca, I wanna say thank you for the excellent suggestion. Love you guys to the moon and back. <3

Throwback II

2009-2013 (13-17 tahun)

Kenangan dan pengalaman terlalu banyak dekat sekolah menengah. Tambah pulak dari form 1 sampai form 5 belajar dekat sekolah yang sama. Tak terkira banyaknya peristiwa pahit dan manis dekat sekolah tu. Lepas dapat result UPSR yang kononnya gempak tu, aku tak dapat pun tawaran ke mana-mana sekolah berasrama penuh. Tapi dapat tawaran sekolah yang dekat dengan rumah and diletakkan di bwh kelas rancangan khas. (Khas sangat! Haha)

Dah belajar seronok-seronok, jumpa kawan baru, kawan lama dari sekolah rendah pun ada, tetiba pertengahan tahun tu dapat tawaran ke sekolah sains yang baru dibuka tahun tu. Untuk tak menghampakan hati keluarga, aku pindah la ke sekolah tu. Aku adalah antara budak-budak form 1 batch pertama sekolah tu tau. Bangga bila ingat balik. Walaupun aku ada dkt sana tak sampai 2 bulan pun. Hahaha. Sebab tak pernah duduk jauh dari family, susah sikit nak sesuaikan diri dekat sana. Ramai yang cakap rugi keluar dari sekolah tu. Sekolah sains kot. Baru bukak lagi. Hurmm. Nak buat macam mana dah tak boleh belajar. Takkan nak paksa?

Balik ke sekolah lama, masa tu umi macam kecewa jugak la. Sedih weh bila tengok ahli keluarga sendiri kecewa dengan kita. Hurm masa tu aku terus bertekad nak belajar rajin-rajin untuk PMR. And berkat doa family, support dari kawan-kawan, usaha cikgu-cikgu, 8A untuk PMR. Lepas tu dilema balik nak pilih sekolah mana. Sama ada nak stay or pindah. Dan tak sangka pulak sekolah sains yang pernah aku masuk masa form 1 dulu tawarkan aku lagi untuk ke sekolah tu. Dan dipendekkan cerita, atas sebab2 tertentu aku tak pergi sekolah tu. Stay je dekat sekolah lama sampai habis SPM. Tapi time form 4-5 ni aku banyak main lah. Kerja sekolah tak siapkan, sibuk nak keluar kelas.. At last, out of 9 subjects 5 je yang cemerlang. Hahaha. Yang lagi 4 tu bukan la tak cemerlang, cuma tahap kecemerlangannya kurang sikit la dari yg 5 tu.

Banyak perkara dekat sekolah tu buatkan aku rasa sayang sekolah tu walaupun sekolah tu cuma sekolah harian biasa. Bukan aku tak tau orang sekeliling cakap apa. Anak dia sekolah hebat tak semestinya orang yang sekolah harian biasa ni tak boleh jadi sehebat mereka yang lain tu. Bila tanya result SPM anak dia, lahh sama ja dengan budak sekolah harian biasa nih.


Note to myself: Pekakkan telinga, butakan mata untuk orang-orang yang ingin menjatuhkan semangat kita. Percaya pada diri, yakin dengan ketentuan-Nya, insya Allah berjaya. =) 


Sunday, 6 December 2015

Throwback I

Dalam hidup ni pasti akan ada perkara yang berlaku dan tak boleh dilupakan. Commonly, ada 2 sebab kenapa tak dapat lupakan, sama ada perkara tu menggembirakan tak pun menyedihkan.

So let’s do some recap throughout these 19 years. (Tahun depan dah 20 wehh. T_T )

2002 (6 Tahun)

Haha, jauhnya throwback. Masa umur 6 tahun baru aku tadika. Tak silap, umi lah bagitau yang aku ni start tadika umur 6 tahun. Apa, kenapa dan bagaimana tu tak tau lah plak. Haha Cuma yang aku ingat-ingat lupa sebelum balik Kedah and tinggal tetap dekat situ aku tinggal di Negeri Sembilan (rumah arwah atuk n wan sebelah abah) Katanya, arwah wan nak aku sekolah sana tapi tak jadi sebab umi n abah pindah balik Kedah.

Masa tadika ni . . ermm tak ingat sangat laa tapi ada sorang budak laki yang sampai sekarang aku tak boleh lupa. Lawak bila ingat balik. Dia duduk dekat dengan rumah tok sebelah umi. Selalu laa jumpa dia masa arwah tok ada lagi bila balik sana. Dia ni masa tadika suka nangis kalau tak ada orang yang teman dia dekat tadika. Macam2 cara cikgu tadika tu buat nak bagi dia tak nangis n ada satu hari tu tok dia yang hantar dia ke tadika, masa dia tengah belajar tok dia senyap2 tinggalkan dia.

Lepas makan pagi baru dia perasan yang tok dia dah balik, masya Allah dia nangis punya la kuat siap nak lari balik lagi. Masa tu cikgu mintak tolong kami semua pegang dia sementara cikgu tutup pintu. Riuh kelas pagi tu. Haha masa tengah pegang dia tu aku pun x berapa ingat tangan sapa yang dia gigit. Kesian budak tu. Dia lah satu-satu kawan masa tadika yang aku ingat nama. Jefri. Haha apa dah jadi dengan dia sekarang pun aku tak tau.

2003-2008 (7-12 Tahun)

Masa ni sekolah rendah, hurm sekolah rendah tak ada memori yang best-best sangat. Biasa2 je. Rindu kelas tambahan malam untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang nak UPSR. Masa ni excited giler sebab tak pernah g sekolah waktu malam, belajar dengan kawan-kawan sekelas pakai baju biasa (selalu kan baju sekolah. Haha)

Antara moments best masa sekolah rendah:

-Pertama kali pergi rombongan sekolah lepas UPSR ke Penang.

-Pertama kali join perkhemahan unit beruniform dkt sekolah. Tido dalam khemah, bawak selimut tebal (ada ke orang berkhemah bwk selimut besar, tebal2? Haha) tapi aku memang tak boleh tido tak ada selimut tu. Umi kata selimut tu dibeli masa aku lahir. Sampai sekarang aku still guna. So usia selimut tu sama dengan aku lah 19 thn dah. Haha

-Main dalam kelas tu paling best sekali bila akhir-akhir tahun. Segala jenis permainan bawak ke sekolah. Zaman tanpa gajet masa ni indah sangat tak macam budak-budak sekarang, pergi sekolah bawak phone.

-Result UPSR yang gempak. 5A beb. Hahaha.




#tobecontinued

Monday, 30 November 2015

Welcome to The World Dear Sweethearts

Orang dapat baby, kita pulak yang excited. Haha. .


Baru-baru ni dua orang sepupu dapat baby. Bertambah lagi ahli keluarga. Tapi takde lah baru sangat. Sorang awal bulan 10 sorang awal bulan 11. Sorang lelaki, sorang perempuan.

Pipi dia!!!
Muhammad Afif Zikri

Comelll. Yang ni tak tau lagi namanya. haha.


Macam tak percaya je sepupu yang dulu duk lompat sana lompat sini sekali, yang jadi teman main masak-masak even dia lelaki haha, sekarang dah jadi ayah. Untung lah umur baru 20 dah jadi bapak orang dah. Nanti umur 40 anak dah 20. Jalan sekali dah macam adik abang. Haha.


Masa dia kahwin tahun lepas tak sempat balik pun. Tak pergi pun kenduri dia. Orang cakap tak yah la sedih, sepupu je pun. Lain lah abang kahwin tak balik. Haha. Yaa. Sepatutnya laa, tapi dah membesar sekali, lalui zaman kanak-kanak sekali, dia dah macam abang. Mesti laa sedih tak dapat tengok hari bahagia dia.


Semoga kau jadi ketua keluarga yang tabah menjalani kehidupan yang mencabar ni and berjaya mendidik dan membawa isteri dan anak-anak kau ke syurga-Nya. Insya Allah.



=)

Untuk Dia

Untuk Dia yang satu, yang menghidupkan dan mematikan, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya diri ini berpeluang untuk bernafas dan merasai setiap keindahan di bumi milik-Nya ini.


Untuk dia yang selalu ada di sisi di saat diri ini memerlukan, ribuan terima kasih diucapkan.


Untuk dia yang setia mendengar setiap patah perkataan dari diri ini, harap masih sanggup untuk terus mendengar. (Haha)


Untuk dia yang selalu muncul ketika diri ini memerlukan pertolongan, hanya Dia yang mampu membalas setiap kebaikan yang diberikan.


Untuk dia yang mungkin membenci diri ini, errr.. terima kasih jugak la kot. Tanpa ‘dia’ yang ini mungkin diri ini akan terus berasa dunia ini indah tanpa kebencian.



=)

Monday, 23 November 2015

Cinta. Suka. Sayang.

Suka tak bermakna sayang,

Sayang tak bermaksud kasih,

Kasih tak semestinya cinta.

Dan cinta belum tentu bersama.

Walaupun kasih ada sayang. Walaupun suka punya cinta.

Tapi cinta jugak takkan hadir tanpa kasih dan sayang.

Jadi?? Kesimpulannya apa? Hahah.

Tepuk dada tanya lah iman. Masing-masing punya hati. Mesti lah tau kan apa yang ada dalam hati tu.

Dah-dah. jiwang plak pagi2 buta ni. haha. Nak tido dah tapi lupa nak update blog untuk minggu ni. T_T (wifi pun menyedihkan, data plak tinggal sikit. Topup kena gst plak) haishhh .

Tak ada idea sebenarnya ni, minggu ni otak sarat dengan formula2 math, keluk-keluk mikro. Alhamdulillah dah selesai pun midterm. Result akaun pun dah keluar. (hahaha)

Good night! =)

Emosi

“Relax arr, kau tak yah la nak emo sangat. . .bla bla bla. . .”


Bila kita tengah mood tak baik ada ja yang cakap macam tu. Yang tengah emo tu je yang faham macam mana rasa dia. Haha.


Emosi.


Perasaan.


Bila sentuh pasal perasaan ni bahaya sikit. Sensitif. Kalau tersalah cakap kang lagi parah. Manusia ni dianugerahkan dengan berbagai-bagai jenis perasaan. Sedih, gembira, terharu, kecewa, teruja, malu, benci. . Macam-macam lagi lah.


Impak daripada semua perasaan tu mempengaruhi kelakuan kita. Contoh, masa kita tengah sedih. Ada orang bila sedih je nangis. (eh. Normal laa orang sedih nangis kan?? Haha) tapi, ada orang bila sedih dia tak nangis. (Kental la katanya. )


Perasaan ni kalau kita tak pandai kawal. Susah. Macam-macam boleh jadi. Tapi, kalau dipendam sangat pun susah jugak. Takut end up dengan buat benda-benda yang tak masuk akal. Kecewa putus cinta, sedih sangat.. cederakan diri sendiri. Hurm.


Perasaan ni fitrah manusia. Dan ada sebab untuk setiap perkara yang terjadi yang menyebabkan perubahan dalam emosi kita. Hikmahnya pandai-pandai lah kita fikir.



Mungkin Allah bagi kita sedih masa ni sebab dia nak gantikan dengan kebahagiaan yang tak ternilai pada masa lain. =)

Friday, 13 November 2015

Cuti

Dapat guling-guling kat rumah, tengok tv, MAKAN, memang heaven lah orang cakap kan. Haha.


Lega dapat cuti, rehat kat rumah. Walaupun tak lama. Dapat tengok muka family, gaduh-gaduh dengan adik-adik, cukup la buat lepas rindu. Haha.


Pejam celik pejam celik, nak balik UKM dah ahad ni. Assignments sir tak hantar lagi T_T Nanti balik-balik ada exam Math n Mikro lagi.
Cuti ni tak dapat pergi jalan-jalan sangat dengan family sebab tak lama, tapi kebetulan ada mall baru bukak dekat dengan kedai umi. Pergi jalan-jalan dekat mall tu. Tak ada apa sangat pun dekat situ,  mungkin sebab baru lagi.


Cadang nak tengok movie, The Walk, tapi ada pukul 12 tgh hari je. Kitorang pergi dah pukul 2 lebih, tak dapat la tengok. Tengok Paranormal Activity. Mengarut je cerita. Bunyi je gempakk, cerita ke laut. Haih. Nasib baik hari rabu offer RM8.00 tak da laa rugi sangat. Hehe.

 



Jadi cuti ni banyak habiskan masa depan tv je. Tengok cerita ptg-ptg kat tv3 tu. Yang sorry-sorry apa entah ost cerita tu. Haa! Hello Mr. Perfect. Adaptasi novel lagi. Memang sekarang tengah trend drama-drama adaptasi novel kan. Cerita tu tak tau lah best ke tak sebab tak baca pun novelnya. Tapi pelakon macam tak reti berlakon je. Bukan lah nak mengata, haha. (ye lah, bukan senang nak berlakon) Tapi, memang tak da feeling langsung tengok diorang berlakon.

Ada ke orang yang perfect dalam dunia ni???? -_-''


Erm, tu je lah kisah percutian saya selama hampir seminggu ni. 

Perjalanan Pulang Mid Semester Break

Throwback sikit masa on the way nak balik rumah hari tu. Saya balik agak awal laa berbanding orang lain. Tapi ada je yang lagi awal kann. Hari rabu dah balik. Untungnya dapat duk rumah lama.


Haha. Saya balik hari khamis lepas. (Tak pergi kelas ganti hari jumaat T_T ) bukan sengaja nak ponteng kelas, tapi masa tu tengah demam lagi cuma tak da la teruk sampai tak boleh berjalan. Biasa la kan bila dah duduk jauh dari rumah, pastu tak sihat pulak. Dalam hati ni memang ingat rumah je. Lepas kelas pagi tu terus balik.


Dari kolej ke ktm naik bas UKM. Dah laa penuh, berdiri dengan beg berat. Sampai-sampai ktm tengah nak touch n GO!! tu, baru teringat yang IC ada dalam pencil box. Cari-cari dalam beg, tak bawa balik pulak pencil box. Mula-mula fikir malas nak patah balik. Tapi takkan nak balik tak bawak IC kot, jadi apa-apa nanti susah pulak.

Haishhh. Stress!

Hurmm. Patah balik ke kolej. 15 ringgit teksi pergi n balik kolej-ktm. T_T. Dengan beg berat, bawa balik buku mikro yang gedabak besar dia tu. Haihh. Sebab tak habis study lagi untuk mid term mikro. Bawak laa balik buku tebal tu. Sepanjang perjalanan tu rasa macam nak nangis je bawak benda-benda berat tu. Sampai-sampai TBS, bas pukul 3.30 ptg delayed pulak. Tunggu lagiiiiii.


Dah naik bas pun kena tunggu lagi. Sebab ada yang tak sampai lagi. Haih tolong lah manusia-manusia macam ni bertanggungjawab sikit. Dah tau nak naik bas dah tak payah la pergi jauh-jauh. Jenuh lah orang yang menunggu nih.


Pukul 11 malam baru sampai. Hurm ingat balik pukul 3.30 boleh laa sampai awal sikit. Sama ja macam amik bas pukul 5 ptg dekat Duta. 11 mlm jugak sampai.



Sekian. 

Nafsu

Wahh tajuk ni agak mencabar minda haha. Apa yang boleh diceritakan eh pasal nafsu ni. Hurmmm.


Makhluk yang bergelar manusia ni masing-masing ada nafsu. Nafsu ni maknanya ialah keinginan atau kemahuan hati yang kuat. Setiap orang mesti ada keinginan masing-masing. Dalam pelbagai aspek lah keinginan kita ni kan. Teringin nak makan itu, makan ini, beli benda tu, beli benda ni.


Makan. Kalau perut dah lapar, apa saja ada depan mata semua nak makan. Haa itu nafsu makan. Masa tu dah tak peduli apa dah, fikir nak makan je. Beli macam-macam bila hati dah teringin, at last makan sikit je.


Beli-belah. Favorite perempuan lah bila masuk bab shopping ni. Nak-nak pulak masa tu tengah ada duit. Seronoknya tak payah cerita laa kan. Kalau boleh satu mall tu nak beli. Haha.



Nafsu ni kalau tak dikawal and diurus dengan baik mungkin boleh bawa keburukan pada kita. Hanya diri kita sendiri je yang mampu untuk mengawal nafsu kita. Jadi buat lah pilihan yang terbaik untuk kebaikan diri sendiri. =)


Sunday, 1 November 2015

Heart

Cehh tajuk macam cerita indonesia yang popular masa zaman sekolah rendah dulu, ‘Heart’. Haha. Cerita tu sedih and PELIK. Jalan cerita pun mengarut tapi sebab ramai yang menghayati sangat kesedihan and kematian salah seorang watak utama dalam cerita tu sampai tak perasan langsung ke‘aneh’an cerita tu.


Oh tidakk. Entry kali ni bukan nak cerita pasal kepelikan cerita tu. 

Taman Tasik Taiping

Kalau tengah ada masalah pergi sana, rasa hilang sikit masalah tu. Sebab tu bila orang ada masalah atau tengah sedih ke patah hati ke akan pergi ke tempat-tempat yang tenang macam tu.


Daripada kita lemparkan kemarahan atau kekesalan kita tu pada orang lain yang tak bersalah, lebih baik pergi untuk bersendiri. Tengok keindahan alam di sekeliling kita ni.


Manusia ni macam-macam ragamnya, memang penat nak melayan dan nak menjaga hati masing-masing. Orang selalu kata, jangan pentingkan diri, fikir orang lain jugak. Habis kalau kita je yang asyik fikirkan orang lain, kita je yang jaga hati orang lain. Siapa pulak yang nak jaga hati kita.? Hurmm. .


Kalau tanya ain laa kan, senang je solusinya. Layankan je selagi kita mampu. Agak tak tahan sangat, pedulikan je diorang. Yang penting, jangan lepaskan amarah kita pada diorang. Orang yang sabar ada ganjarannya. Ok ?



Entry ni khas untuk sabahat saya yang sekarang tengah berasap-asap tahan marah. Haha. Relax ok. Insya Allah everything's gonna be okay.

 "Kadang kala Allah sembunyikan matahari, 
  Dia datangkan petir dan kilat. 
  Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar. 
  Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. " =)

Makanan

Lapar . . =( Sebut je makanan automatik lapar terus. Haha Tambah-tambah bila duk jauh dari rumah. T_T


Walaupun dekat sini macam-macam jenis makanan ada. Banyak kafe and kedai-kedai makan, tapi still tak boleh lawan masakan ibu dekat rumah. Dan yang paling tragis sekali saya ni jenis yang cepat bosan, lebih-lebih lagi bab makanan. Rasa macam dekat sini semua makanan sama je. Bosan.


Bila balik je rumah benda pertama yang umi tanya. . “nak makan apa ni? Lapaq dak. ?” tanya nak makan apa dulu pastu baru tanya lapar ke tak. Haha . . Kalau balik cuti memang selalu lah diorang ajak pergi makan sana makan sini. Makan dalam rumah, luar rumah, tepi laut, mana-mana tempat yang ada makanan lah kalau boleh diorang nak ajak. Macam perli je. Haha.


Oh yaaaa. Dah alang-alang tajuk makanan kan. . Di sini saya selitkan salah satu makanan favorite saya.

Tadaaa!!
Ketam Masak Lemak Cili Api

Terliur je tengok gambar ni. Saya tak pernah rasa ketam masak lemak cili api yang orang lain masak selain umi. Kalau pergi kedai pun tak pernah order. Jadi memang betul-betul tak tau macam mana rasa ketam tu hasil air tangan orang lain. Haha.

Lagi satu.
Ketam Rebus cicah Air Asam (Kuala Perlis)
*saya tak suka (geli sebenarnya..) tengok ketam yang hidup/sebelum dimasak (pelik kan. makan suka pulak. haha) . Jadi kalau umi masak ketam memang takkan masuk dapur sampai laa dah siap baru cepat-cepat amik tempat dekat meja makan. hahah.  


#countingdaystogohome =)

Sunday, 25 October 2015

The Moment That You Can't Buy . .


“Lucky i’m in love with my best friends. Lucky to have been where i have been. Lucky to be coming home again . .” – Lucky

Hmm. Part coming home tu lambat lagi. T_T


Rindunya diorang. Rindunya zaman sekolah. T_T

Ramai yang cakap bila masuk universiti ni lagi best. Bebas. Tak payah pakai uniform pergi kelas. Kelas start tengah hari. Boleh susun jadual sendiri. 

Tapi. .

Macam ada something yang hilang laa.

Mungkin tak de kawan macam masa sekolah dulu kot. Yang always ada je mana-mana kita pergi. Yang dengar je apa yang kita nak bebel.

Ya Allah rindunya. Dulu masa sekolah tak sabar-sabar nak habis sekolah. Konon nak kerja lah, sambung belajar lah.

In the end, rindu pulak nak kembali ke sekolah.


By the way, They are my best friends. Yang setia mendengar bebelan saya masa sekolah sampai lah sekarang.

Kitorang pernah bergaduh, pernah merajuk antara satu sama lain. Haha bila ingat balik, sebenarnya benda-benda tu lah yang buat kitorang rapat and jadi kawan baik.

Walaupun masa form 4 sorang pindah sekolah, tapi still tak lost contact sampai lah sekarang, even masing-masing belajar lain-lain tempat.

Tak sabar nak balik. =)